Wednesday 2 November 2011

‎....PESAN ROH KEPADA MANUSIA....

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit 


atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh 


berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk 


melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada 


seretan malaikat maut".





Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai


orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan air dalam keadaan panas. Begitu 


juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila 


terlepasnya roh dari tubuh".





Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan 


jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya 


roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-


manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya 


kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana 


tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.





Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah 


meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah 


menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku 


telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-


lamanya" . 






Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya 


jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan 


sanak saudara buat kali terakhir.







Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:


Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia 


sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia 


melalaikan aku".







"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan 


sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah 


menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak 


mahu mendoakan aku".







Baginda Rasullullah S.A.W berkata: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan 


masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian 


mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah 


itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai 


ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain 


masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka 


keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari 


dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."







Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka 


malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang 


yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu 


melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah 


kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail 


A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap 


di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam 


masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu 


takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya".







Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut 


nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh 


orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan 


berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini 


sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut 


mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T. dan menjelaskan apa 


yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.







Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya 


dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat 


maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari 


arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar 


penulisan ilmu. Maka berkata tangan: "Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang 


mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala 


anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." 







Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka 


malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan 


sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan 


berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri 


majlis-majlis ilmu."










 Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat 


maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka 


telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa 


mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."







Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja 


hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab 


mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis 


kerana takutkan Allah.".







Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. 

berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu di telapak tanganmu dan 


tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."







Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang 


itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya 


kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.


Subhanallah... Maha Suci Allah... Allahu Akhbar !!!

No comments:

Post a Comment