Monday 13 January 2014

in the darkness

Assalamu'alaikum ^_^

khaifahalukum??
huhu,,Alhamdulillah,,hari ini ana b'kesempatan menceritakan skt kisah ana,,,,,,kisah ana nih xlah brp syok sgt....hehe....

time tu ana form 2 agknye...bulan puase,,ana pergi dgr tazkirah pd waktu zohor kat sklh ana (SMA KHAIRIAH tercinta ^_^)...n time tu jgk giliran kakak form 5 yg kena bagi tazkirah..
dia bgilah tazkirah fsl bln puasa n fawaid puasa n sbgainya yg b'kaitan dgn puasa....n terselitlah jgk cerita dia yg dia sgt2 ingin kongsikan kpd kita smua....

dia cerita.......
pd suatu hri tu sepupu dia meninggal dunia akibat skt buah pinggang k ap ntah...(xingat,,hehe)
selang bbrpa hari slpas spupu dia tu meninggal,, dia pon b'mimpi b'jumpa dgn sepupu dia tuh,, kakak f5 tu ckp mmg mengejutkan r bila b'jumpa tu,,rasa mcm xprcaya sangat, lepas tu akak tu Tanya sepupu dia tu,,
kakak f5 -pehal kau datang sini?? Macam mana kau boleh datang sini?
Sepupu dia-saja je ak datang nak tengok kau semua…
Kakak f5 - macam mane rasanye hidup dalam kubur tu hah??
Sepupu dia -takut sangat2……dahlah gelap,,cuba kau bayangkan,,ada orang letak kau dalam sebuah bilik yang gelap,,lepastu diaorang kambus kau dengan tanah…lagi pon aku datang ni aku nak beritahu kat kau yg hidup atas dunia ni ibarat dari pagi sampai petang je,, kau buatlah amal kebaikan banyak2,,,lagipon dlm kubur tu banyak sangat seksa2 yg boleh terkena kat sape2 je……….dan kau beritahulah jugak kat orang ramai…

Lepas tu,, kakak tu pon terkejut dari tidur,,,dia cakap dia takut sangat2 time tu,, rasa tak tahu nak buat apa..dlm keadaan berpeluh yg teramat……..dia pergi ambik wuduk n baca quran….n kamu semua tahu??! Dlm Quran tu dia terjumpalah perkataan yg sepupu dia tu sebut…hidup atas dunia ni ibarat dari pagi sampai petang je, terlalu singkat…..ana xingat surah ap,, ayat mana….maaflah…

Hurm……ana dgr cerita dia tu…ana rasa mcm dia ni seorang yg sgt beruntung! ana rasa dia untung sangat2! Sampai kat situ jelah yg ana dpt ceritakan…..dan setahu ana sepupu dia tu tak terkena azab kubur sebab dia belom baligh….=) n ana xbolehlah nak beritahu hal2 kakak f5 tu….nama dia ap, tggl mne….ok….setakat ni je yg ana nak kongsi dgn kamu semua…..tp yang ana harap awk semua beritahulah kat semua orang yg hidup atas dunia ni ibarat dari pagi sampai petang sahaja…buatlah amal kebaikan banyak…..insyaAllah kita terhindar dari azab kubur n azab api neraka…insyaAllah…Assalamu’alaikum….


Monday 19 November 2012

Aku Cuma An-Nisaa'



Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada

 Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan

Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat.
Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan
Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!
Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahadah
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku..
Aamiin..
*****

Monday 6 August 2012

Wahai Pemuda Islam


Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.


Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-

• usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
• usia yang mengalir darah yang gemuruh
• usia yang tinggi idealisme yang luas
• usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula
• usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.


Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah.Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-

• generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu
• generasi amal dan membina jama'iy
• generasi rabbani dan ikhlas
• generasi yang bernasabkan Islam
• generasi da'awah dan jihad
• generasi dagang dan hidup bersama orang ramai
• generasi gagah dan agung
• generasi seimbang dan sederhana

Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid,terdapat beberapakesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:

• Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam dan keunggulannya
• Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat
• Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah
• Fitnah ijazah dan pangkat
• Fitnah wanita, isteri dan anak-anak

Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga,masyarakat dan dunia ialah:-

• Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar
• Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada
• Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri
• Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik
• Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan
• Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan yang remeh
• Perakui kejayaan anda
• Tetap merendah diri
• Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada
• Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya



Sunday 5 August 2012

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN


Assalamualaikum wbt...

Sememangnya sudah menjadi tradisi bagi kita umat Islam, pada setiap tanggal 17 ramadhan, Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, , tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. . Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Jadi, jom kita renung2 kan apa yang terkandung, tersirat dan tersembunyi disebalik sejarah Nuzul Al-Quran...
Renung2kan dan selamat beramal..

Image search dari en.google.

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.



Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. 

Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.
Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun). 

Sumber dari 
JAKIM

Friday 27 July 2012

Muwasafat Tarbiyah

muwasafat tarbiyah membincangkan tentang sifat2 yang perlu ada pada seorang muslim.Ia dipopularkan oleh Hassan Al-Banna sendiri, pengasas ikhwanul muslimin,satu pertubuhan yang menjadi rujukan utama jemaah2 lain di seluruh dunia.Methodologi atau kaedah tarbiyah yang digunakan oleh ikhwanul muslimin boleh dikatakan lengkap, mencakupi semua aspek kehidupan, agama,akidah,akhlak,fikrah,politik dan seabagainya.Bayangkan betapa hebatnya Hassan Al-Banna, yang pada awalnya hanya bergerak berseorangan, dan kedai2 warung kopi menjadi tempat pertama beliau menyampaikan dakwah.Sedikit demi sedikit, hasil usahanya membuahkan hasil bilamana hari demi hari makin ramai orang mendengar ceramah beliau dan akhirnya terbentuklah ikwanul muslimin,semuanya bermula dari kesedaran individu yang disampaikan kepada masyarakat.Itulah kuasa MENYAMPAI.Namun, nak menyampaikan pun ada kaedah dia,perlu bersesuaian dengan pendengar atau mad'u dan disampaikan dengan tuturkata yang mudah difahami dan dengan intonasi dan penegasan yang bersesuaian.Cara penyampaian ini perlulah diasuh dalam diri setiap muslim sedikit demi sedikit sebab setiap muslim ada seorang da'i.Menjadi kewajipan setiap muslim utk menyampaikan Islam dan hanya dengan kaedah penyampaian yang betul sahaja kita mampu menggerakkan hati seseorang memilih Islam sebagai cara hidup..

Sabda nabi,

"Sampaikanlah walau seayat,"

jadi sampaikanlah....

hah sekarang baru masuk bab muwasafat tarbiyah.muwasafat tarbiyah ni ada 10 guideline iaitu;

  • akidah yang sejahtera
  • akhlak yang mantap
  • ibadah yang betul
  • menjaga waktu
  • mampu melawan nafsu
  • mampu berusaha
  • fikiran yang berpengetahuan
  • kuat tubuh badan
  • tersusun dalam urusan
  • bermanfaat kepada masyarakat
Akidah yang Sejahtera
Meyakini sepenuhnya tuhan itu satu

Akhlak yang Mantap
Akhlaknya melambangkan ciri2 seorang muslim,bersopan santun,menghormati orang tua,beradab bla3

Ibadah yang Betul
Ibadahnya dipenuhi dengan rasa rendah diri disaluti perasaan hina dan kerdil kepada tuhan yang esa.tidak lahir perasaan ria takabbur ujub sumah ketika beribadat.ibadahnya ikhlas demi mengharapkan redha Allah.FEAR,HOPE and LOVE.takutkan seksa Allah,mengharapkan balasan dan ampunan dariNya dan perasaan cinta dan rindu kepadaNya

Menjaga Waktu
Masa dipenuhi dengan perkara2 yang bermanfaat,yang mendekatkan dirinya kepada rabb.contoh perkara bermanfaat; mentelaah buku,supaya dapat ilmu dan dapat dijadikan sumber utk disampaikan kpd masyarakat.;youtube djadikan sebagai tempat utk mendengar ceramah atau clip2 yang membangun.;aktif dengan persatuan.sedarlah betapa bazirnya masa kita pada tidur (bangun lambat pun dah waste bape jam sebenarnya),game(CS,dota,online games,fb),etc

Mampu Melawan Nafsu
Ingin ditegaskan,nafsu yang dimaksudkan mencakupi nafsu seksual,nafsu makan,nafsu tidur dan sebagainya. jaga betul2 semua nafsu ini kerana ianya merupakan pintu utk syaitan masuk ke dalam jiwa.tempatkanlah tembok dihadapan pintu ni,kuatkan dengan pengawal2 yang mampu membedung desakan syaitan nauzubillah

Mampu Berusaha
Tidak bergantung harap dengan orang lain bilamana sesuatu amanah diberikan kepadanya.mampu mencari solusi kepada apa2 jenis permasalahan sekalipun.pandai berdikari......matang

Fikiran yang Berpengetahuan
Otaknya sarat dengan ilmu,hidupnya dipenuhi dengan keinginan utk menuntut ilmu.up-to-date dengan isu2 semasa.berpengetahuan dalam pelbagai perkara walaupun itu bukan bidang kepakarannya

Kuat Tubuh Badan
Mempunyai kesihatan yang bebas dari penyakit,mengamalkan pemakanan yang sihat,tidak melayan nafsu ketika makan kerana ingat dengan pesan nabi,"makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang,".Mengamalkan exercise..... 

Tersusun dalam Urusan
Tidak menangguh kerja kerana beringat dengan pesan Umar Al-Khattab,"ketika pagi,jgn diharapkan petang,dan ketika petang jgn diharapkan waktu pagi,".Mempunyai jadual harian yang tersusun

Bermanfaat kepada Masyarakat
Hidupnya penuh dengan memberi,jarang sekali dia mengharapkan menerima...Erti hidup pada Memberi... banyak melakukan amal kebajikan,aktif persatuan,menjadi seorang dai yang tidak jemu untuk menyampai

Allah, Allah, Allah



Allah, Allah Allah,
Inginku ulang beribu kali nama indah-Mu itu.
Menangisku ku di hamparan penuh syahdu,
Air mata mengalir laju,
Tubuhku lesu, diamku bisu
Cuma esakan memecah hening malam sepi
Bertapaku sendiri,
Ya Allah,
Betapa ku sedar diri ini,
Hati penuh selut dosa,
Dek perbuatan sia-sia,
Penuh maksiat dalam bahagia,
Penuh alpa dalam dunia sementara,



Allah, Allah, Allah
Inginku ulang beribu kali nama indah-Mu itu.
Kau lah yang maha pengasih dan penyayang,
Sungguh, aku malu pada-Mu,
Meminta ini itu,
Di kala diri ini merasa amat memerlu-Mu,
Sedangkan dosaku
Bagai buih di lautan biru,
Tidak terhitung olehku,
Menangisku mengingatkan-Mu,
Menangisku lagi mengingatkan dosaku.



Allah, Allah, Allah
Inginku ulang beribu kali nama indah-Mu itu.
Kesal menebal dalam diri
Sungguh, aku kesali,
Semua dosa yang aku lakukan
Semua maksiat yang jadi ikutan
Semua perintah-Mu yang ku tinggalkan,
Ya Allah,
Aku tahu diriku bukan terbaik
Bukan dari golongan solehin,
Tapi pada malam ini,
Ku bersujud pada-Mu,
Penuh rasa tawadhuk merendahkan diriku,
Terimalah taubatku,
Sesungguhnya Kaulah maha berkuasa,
Maha mendengar rintihan seorang hamba,
Yang menyesal mengenangkan dosa.



Allah, Allah, Allah,
Inginku ulang beribu kali nama indah-Mu itu.
Pintaku agar Kau ampunkan daku,
Tingkatkan imanku,
Hulurkan kasih-Mu selalu,
Jangan biarku hanyut lagi seperti dulu,
Sudah cukup sudah,
Ku inginkan diri yang baru,
Yang selalu memuja-Mu,
Yang selalu mengagung-Mu,
Yang selalu berada di landasan-Mu,
Agar diriku,
Sentiasa dibawah lindungan kasih dan sayang-Mu




Allahu Rabbi.

Sunday 10 June 2012

DEVIL OF LUCIFER~!


Anak-anak iblis laknatullah

syaitan merupakan golongan penghasut yang juga merupakan anak-pinak dan keturunan kepada iblis laknatullah.Namun begitu, Zaid bin Mujahid mengatakan iblis mempunyai 5 ekor anak (sebilangan mengatakan 7 ekor anak) dimana mereka ini mempunyai tugas jahat yang berbeza. Setiap dari mereka telah melahirkan keturunan yang lain hasil dari perbuatan zina antara mereka dan syaitan-syaitan betina yang lain. Anak-anaknya adalah:

1.Tsabr:tugasnya adalah menggoda manusia berbuat maksiat ketika manusia sedang dalam kesusahan dan berada dalam kesedihan.Ketika manusia dalam kesusahan dan mendapat musibah, maka datanglah Tsabr dan kuncu-kuncunya membisik manusia agar melakukan segala kejahatan seperti berzina,bunuh diri,menghisap dadah,minum arak,berjudi supaya manusia itu terus leka dan jangan kembali kepada Allah.

2.A'war:tugasnya adalah menghasut manusia supaya mendekati zina dan terus melakukannya dengan apa cara sekali pun.A'war dan pengikutnya akan menggambarkan keenakan dan keseronokan berzina dalam akal fikiran manusia dan mengobar-kobar kan nafsu.

3.Miswath:tugasnya adalah menyampaikan berita dusta atau penipuan yang mampu menimbulkan kemarahan dan fitnah besar,agar manusia itu akan kucar-kacir,hilang pertimbangan dan saling tuduh menuduh sehinggakan menyebabkan pertempuran yang hebat dan dahsyat.

4.Dasim:Tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan,mudah marah, dan permusuhan.selalunya dalam kes rumahtangga dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.

5.Zaknabur:Tugasnya adalah memastikan dunia ekonomi dan perniagaan akan tergugat.menghasut para pedagang agar sentiasa tamak dalam mengaut keuntungan,kecurangan dan penipuan dalam muamalah(perhubungan).Memastikan pengurangan dalam timbangan dan bekalan,kelumpuhan ekonomi melalui sistem inflasi.serta merupakan pengajak utama manusia dalam melakukan riba(bunga atau faedah dalam perniagaan).

6.Khanzab:Menghalangi umat Islam dalam melakukan solat,menggangu umat Islam dalam melakukan solat(sembahyang).serta mencari jalan agar dapat menyebabkan manusia tidak akan dapat menyembah Allah dan mengelakkan agar sembahyang menjadi sempurna.

7.Walhan:Menggangu umat Islam agar sentiasa was-was dalam berwudhuk(bersuci sebelum melakukan sembahyang).ini akan menyebabkan umat Islam tidak sah dalam solatnya.Wuduk merupakan kepentingan yang amat perlu dititik beratkan sewaktu beribadah kepada Allah.Walhan juga,menyebabkan manusia agar sentiasa membazir dalam menggunakan sesuatu perar atau benda.

Jadi diingatkan agar manusia sentiasa beringatkan bahawa syaitan merupakan musuh utama yang amat perlu dielakkan.Allah SWT sama sekali melarang untuk hambanya mengikut taghut(perkara yang melampaui batas seperti menyembah selain Allah)dan menjadikan syaitan sebagai idola dalam aktiviti seharian.