Saturday, 4 February 2012

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W



Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.

  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.

  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.

  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

  • Wajahnya seperti bulan purnama.

  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.

  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

  • Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.

  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.

  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

  • Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

  • Rambutnya sedikit ikal.

  • Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.

  • Rambutnya terbelah di tengah.

  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

  • Seimbang antara kedua bahunya.

  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

  • Warna putihnya lebih banyak.

  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

  • Warna kulitnya putih tapi sihat.

  • Kulitnya putih lagi bercahaya.

  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.

  • Badannya tidak gemuk.

  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

  • Perutnya tidak buncit.

  • Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

PDH BAWAKAN ANDA SEMUA MELIHAT SENDIRI BARANG MILIK PERIBADI RASULULLAH.

(Foto-foto ini kebanyakan adalah koleksi yang tersimpan dari berbagai tempat di beberapa negara: Museum Topkapy di Istambul Turki, Yordania, Irak dan negara-negara Timur Tengah lainnya. Selamat merasakan kelezatan menatap peninggalan-peninggalan ini. Semoga kerinduan kita semakin memuncak kepada Rasulullah, kekasih Allah …)

The Blessed Shirt of Prophet Muhammad SAW (Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Yaa Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci nan agung ..!!)

Jubah Nabi Muhammad, Rasulullah SAW

The Blessed Seal of Rasulullah SAW (Cap surat Nabi SAW)

Mangkuk tempat minum Rasulullah SAW

Kunci Ka’bah Masa Nabi Muhammad SAW

Jejak Kaki Rasulullah SAW

Beberapa helai rambut Rasulullah SAW

Busur Panah Nabi SAW

Bendera Rasululullah SAW

Sorban-sorban yang pernah dimiliki Rasulullah SAW

Topi Besi Rasulullah SAW

Sandal (terumpah) peninggalan Rasulullah SAW tercinta …

Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW

PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW
Dipetik dari moeflich.wordpress.com
Foto-foto Eksklusif Peninggalan Rasulullah SAW : Menggetarkan, Menyentuh Qalbu Menambah Cinta!!
“Aku Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hasyim bangsa Arab kelahiran haram Mekkah yang tiada nabi sesudahku.
Hai semua manusia, diriku ini telah diberitakan akan mati, telah dekat akan meninggalkan dunia ini dan aku telah rindu kepada Tuhanku, maka alangkah sedihnya meninggalkan ummatku, apakah yang mereka katakan kelak sepeninggalku,
Ya Allah selamatkan, selamatkan. Hai manusia, dengarlah wasiyatku, perhatikan dan ingat – ingatlah, yang hadir harus menyampaikan kepada yang tidak hadir. Kerana ini wasiatku yang terakhir kepada kamu.
Hai manusia, Allah telah menerangkan kepada kamu dalam kitab yang diturunkanNya, apa yang halal dan yang haram, yang harus kamu lakukan dan yang kamu tinggalkan, maka gunakanlah yang halal, tinggalkanlah yang haram, percayalah pada yang mutasyabih, laksanakan yang muhkam (tegas) dan jadikan sebagai peringatanmu yang berupa contoh–contoh itu.”