Thursday 30 June 2011

Sahabat..



Sahabat
Dunia ini semakin tua
Hari Kiamat itu semakin hampir
Namun masih Allah memberimu waktu
Untuk bertaubat
Agar lebih dekat dengan-Nya
Dia ingin kau ‘pergi’ dalam keadaan bersama-Nya


Sahabat
Sungguh Dia Maha Pemurah
Dan Maha Pengasih juga Maha Penyayang
Dia sayang padamu yang juga hamba-Nya
Dia tidak pernah membeza-bezakanmu dengan yang lain
Sungguh Dia Maha Adil
Andai kau fahami


Sahabat
Sentiasalah bersyukur dan berterima kasih kepada-Nya
Atas kesempatan yang Dia berikan padamu
Untuk lebih rapat dengan-Nya
Dia ingin kau tahu
Bahawa Dia dambakan perhatian daripadamu
Untuk Dia dikenali olehmu sebagai Tuhanmu


Sahabat
Moga kau terus berusaha mengenali-Nya
Agar kau jugakan ‘pergi’ ketika bertaa’ruf dan bertafahum dengan-Nya
Kerana Dia sentiasa menunggumu
Untuk berbicara dengan-Nya selalu
Andai kau fahami


Sahabat
Sentiasalah melakar ampun juga taubat
Walau jutaan kali kau coretkan
Sungguh Dia Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat
Dia sentiasa bersiap untuk menerimamu
Kembali kepada-Nya
Sebagai hamba-Nya


Sahabat
Tabahkan dan kuatkanlah hatimu
Tika kau merasa jatuh dalam berjalan di landasan-Nya
Kerana tika itu Dia ingin menguji keimananmu
Juga ketaqwaanmu pada-Nya
Serta keyakinanmu pada-Nya bahawa Dia akan bersamamu
Untuk membantumu
Agar permudah urusanmu


Sahabat
Teruskan berjuang di jalan-Nya
Jangan pernah kau berundur
Jangan pernah kau mengalah
Jangan pernah kau berputus asa
Jangan pernah kau merasa rebah dan rendah
Asal kau sentiasa ingat pada-Nya
Sentiasalah kenang Dia dekat denganmu
Yang sangat hampir denganmu
Dan sentiasa ada untuk kau mohon apa jua pada-Nya

No comments:

Post a Comment