Saturday 26 February 2011

HAWA....... IKHLAS DARIPADA KU...........

Cinta Sejati 
Hawa,

Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah...

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau jodohmu,
ingatlah Hawa janji Tuhan kita,
wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu...

Hawa,

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah...
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah...
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga...
Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia juga yang menggoncang iman lelaki...


P/S : Ingatlah wahai sahabatku dan juga diriku...bukan cinta insani yang perlu...didamba...sebaliknya...cinta Ilahi lah penyuluh hidupmu...

Cintakan bunga layu, hancur dan musnah...
Cintakan manusia, manusia akan mati...
Cintakan Tuhan kekal buat selama-lamanya!!
Ingat tu!!


Anda ingin lebih cantik dan menarik???</span>

-Jadikanlah "Ghadhdul Bashar" (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

-Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

-Gunakanlah pemerah pipi anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa "malu" yang dibuat
dari "salon Iman".

-Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

-Rawatlah rambut anda dengan "selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur
pandangan lelaki yang merbahayakan.

-Hiasilah kedua tangan anda dengan "gelang Tawadhu" dan jari-jari anda dengan "cincin
Ukhuwwah".

-Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

-Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

Renungilah wahai muslimah sekalian





No comments:

Post a Comment