Sunday, 27 March 2011

SURAT CINTA BUATMU HAWA...RINTIHAN KAUM ADAM...

Cemburu kulihat sang pungguk memadu rindu dengan sang bulan.Cemburu ku lihat sang helang terbang berdua-duaan.Cemburu juga aku pada si belangkas yang hidup berkasih-sayang.Tapi aku terus kepiluan.Hawa yang diciptakan untuk kaumku bukan lagi Hawa yang dulu.

Aku terbang bebas dalam duniaku.Ibarat sang helang yang gagah melebar sayap di ufuk timur,berani.Ku ibaratkan kau Hawa umpama sayap kiriku ini.Lantaran tinggi nilaimu di hati lelaki.Ku terbang setinggi-tingginya meredah awan,tanpa ada tembok yang membatasi,tanpa ada dinding yang menghalang.Tatkala sesekali,bayu kencang menerjah,kuterbang rendah.

Hawa,
Bukan ku tewas dengan bayu nan kencang.Biarpun aku umpama helang yang gagah perkasa dan raja udara yang unggul di awanan.Namun,andainya sebelah sayapku kuat tapi sebelah lagi tergeliat,aku tak mampu menongkah ribut yang menggila mengikut haluanku.Berat untukku menghadapinya dengan sayap kanan cuma.Kau tahu Hawa,aku jadi derita.

Hawa,
Kuteruskan jua perjalanan dengan ketabahan.Ku bawa bersama dalam kepayahan.Kau memarahiku kerana egoku.Kau leteri semahumu.Tanpa kau dengan kalamku.Andainya hilang ego lelaki,maka musnahlah dunia tanpa kepimpinan.Kerana ego mencipta karisma dan kewibawaan.Namun,tatkala egoku menjadi egoisme,maka disitu aku perlukan teguran.Kuharapkan kritikan serta pesanan berpanjangan,agar ku tetap terbang di awanan,menjadi jaguh helang terbilang.Tapi,tafakurku sejenak di pepohinan,kenapa kau tidak lagi menjadi hawa yang dulu??

Hawa,
Ku sedar,kehadiranmu kupinta di syurga keran ku akur tiada nikmat yang boleh menandingi keistimewaanmu.Kau diciptakan indah,bukan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan dari kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya,tapi daripada rusukku,dekat dengan dada untuk dilindungi,dekat pula dengan hati untuk disayangi.

Hawa,
Dulu,kuperlukanmu sebagai teman berbudi.Menemani tugas beratku sebagai khalifah di bumi.Kaulah creminku yang sentiasa memuhasabah diri.Tapi,kini keindahanmu yang sering kupuja,kau salah erti.Kau tamil menghiburkan dunia dengan susuk tubuh yang menggiurkan.Kaumku kekaburan,matanya bertelanjang.Hatinya lemas ditelan keasyikkan.Ah,memang kaumku suka mengambil kesempatan!!!Tapi,kenapa kau jual dirimu bak barang pameran???Dimana hilang malumu yang menjadi hias pakaian???Tidakkah kau tahu,tubuhmu yang montok menjadi hidangan enakbuat mata,racun pada jiwa.Aku bisa terhumban keneraka kerananya.Kau gunakan keistimewaanmu untuk menggoda,air matamu untuk melemahkan iman.Oh Hawa,aku rindukan Hawa yang dulu!!!Malu,terjaga,terpelihara...

Hawa,
Kutahu kau ibarat rusuk nan rapuh dan bengkok,perlu hati-hati untukku luruskan.Lantaran itu,ku datang bukan untuk menunjuk cengkamankuku tajam dikaki,bukan juga mengugut dengan paruh berbisa,tapi supaya direnung bersama bahawa antara kita perlu sentiasa perbaiki diri.Dengarlah bisikan kasihku,sesungguhnya aku rindukan Hawa yang dulu,sesuci Maryam,seteguh Asiah,setulus Khadijah,setabah Fatimah.Merekalah lambang kemuliaan insan bernama Hawa.

Hawa,
Namamu indah,biarpun dimana,di segenap jiwa,
kaulah ibu,terukir kasih di setiap dada,
kaulah kekasih,dirindui saban ketika,
kaulah puteri,pengubat duka,penyejuk mata,
kaulah adik,pemberi semangat paling berguna,
kaulah mukminah,terukir indah di setiap dada,
ketahuilah Hawa,
kau kupuja,
kerana rahim lembutmu melahirkan kaumku yang berhati waja,
kerana ayunan lembut tanganmu,membesarkan aku dengan terjaga,
kerana kewanitaanmu,taman hidup tempat cintaku berbicara,
kerana kaulah ladang tanaman,taman nafsuku yang bergelora,
kerana kau adalah hiasan,paling indah dari dunia seisinya.

Maka,kudatang padamu Hawa,membawa ubat dengan penuh cinta.Ubatilah dirimu agar ku dapat terbang menguasai angkasa dan alam dengan kedua-dua sayapku yang kuat dan mantap agar bukan sahaja ku dapat menongkah angin nan kencang bahkan sayapku kibar penuh bangga,mencipta taufan....


~adaptasi dari novel 'SEINDAH MAWAR BERDURI'-karya Fatimah Syarha Mohd Nordin.~

Wednesday, 23 March 2011

DengarLah

Maafkanlah kesalahan ku
Nescaya engkau kekalkan cintaku kepada mu
dan janganlah engkau bicara
saat kemarahan ku sedang memucak

Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahan ku
seperti engkau memukul rebana
kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui
bagaimana sikap orang yang tidak dapat mengawal diri


Jangan engkau banyak mengeluh
kerana ia akan mengikis cinta
dan hatiku ini akan berubah menolak mu
kerana tabiat hati itu tidak tetap

Sesungguhnya ku lihat cinta dalam had ini
bila berpadu dengan rasa benci
dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang


Seuntai Kurma Kala Berbuka..

Seuntai Kurma Kala Berbuka,
Zinnirah, Muslimah sejati,
Biar terseksa tak berhenti berjuang,
Tuhan hanyalah Allah,
Kau jadikan sumber inspirasi perjuangan.
Amanah perjuangan,
Tanpa mengenal erti letih dan putus asa,
Tanpa rungutan,
Tanpa sungutan,
Kau tunaikan tanpa tangguh.
Ikhlas,
Biar tanpa ganjaran,
Tanpa pujian, tanpa habuan,
Kau semakkan di hati.
Nekad,
Biar mehnah kunjung tak henti,
Ujian datang silih berganti,
Pancaroba selalu mendatangi,
Kau tak pernah gentar,
Umurmu, fikirmu, hartamu, dirimu,
Kau korbankan hanya untuk Islam.
Tinggi kembaramu ke langit,
Akhlakmu menyinari taman hati,
Wajahmu sejernih berwudhu’.
Kau pejuang,
Tak bisa kenal erti penat dan jemu,
Kau hadapi mehnah,
Dengan kesabaran,
Kau terus melangkah,
Tidak kau undur walau selangkah,
Tegas dengan iman di hati….

“Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku,
Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku
&
Menjaga nama baikku ketika aku hidup selepas mati,


Friday, 18 March 2011

_Warkah Untuk Mu Adam_

Renung-renungkanlah wahai Adam, Luahan dan Keluhan Hawa...

Wahai Adam

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

Wahai Adam

Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Wahai Adam

Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Wahai Adam

Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... Terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Wahai Adam

Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Wahai Adam

Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Wahai Adam

Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini.

Wahai Adam

Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Wahai Adam

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku... akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam.... pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Wahai Adam

Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...

Maafkan aku sekali lagi Adam... seandainya warkah yang kulayangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.... jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu..... Tetapi... Percayalah!!!.... bukan emas kucari... bukan berlian yg kupinta.... tetapi... hanyalah hati yang tulus ikhlas dirimu Adam... Dengarlahlah... keluhan hatiku buat dirimu..... wahai ...ADAMku......


~WANITA~

relakah kita berterusan
melihat robohnya mahkota wanita?
murahnya harga seorang wanita kini
bahana iblis dan nafsu
wanita ibarat orkestra dunia
d wyangkan oleh manusia antagonis
aknum hasanah mulai lebur
adat kuning menjadi telunjuk wanita kini
wanita penyambung delegasi wawasan
tunjang negara waktu hdpn
wanita ibarat mutiara d lautan
jgn mudah t'sadung d pangku rayuan
wanita durjana fitnah dunia
wanita solehah hiasan dunia
bangunlah wanita semua
mahu syurga atau neraka..??



Thursday, 17 March 2011

***SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA YANG SOLEHAH***

*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan. 

*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. 

*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan. 

*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. 

*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. 

*Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.

Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain. 

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. 

*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. 

*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu. 

Bisikan Doa Pengharapan

Ku bisikkan kalimah memujiNya
Setiap masa
Setiap saat
Agar ku tidak lupa
Akan kekuasanNya
Akan kebesaranNya.

Sucikan wajah di dinihari
Bisikan pengharapan pada Ilahi
Jika sudah suratan Ilahi
Terima ketentuan dengan rela hati


Indahnya hidup di dunia ini
Pabila dikelilingi insan yang disayangi
Juga mendambakan redha ilahi
Agar hidup sentiasa diberkati

Dilema manusia akhir zaman
Saban waktu kematian memisahkan
Lantas ku bisikkan doa pengharapan
Agar ku sentiasa dalam kesedaran


Ayuh bangkitlah wahai teman
Menuju jalan pulang
Agar kita sentiasa dalam naungan
Kekal berukhwah sepanjang hayat