Saturday, 12 March 2011

Kisah ini adalah mengenai Nilai Kasih Ibu.

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Kos upah membantu ibu :

Tolong pergi ke kedai – RM4.00

Tolong jaga adik – RM4.00

Tolong buang sampah – RM1.00

Tolong kemas bilik – RM2.00

Tolong siram bunga – RM3.00

Tolong sapu sampah – RM3.00

Jumlah – RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu – PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA

Kos menyediakan makan minum,pakaian dan keperluanmu – PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata “Saya Sayangkan Ibu”.

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis ‘Telah Dibayar’ pada mukasurat yang ditulisnya.

PESANAN AL-QURAN

suatu hari kamu akan MENCINTAIKU!
suatu hari kamu akan menyesal kerana tak MEMILIKIKU!
kerana AKU..
AL-QURAN & SUNNAH sebagai panduan hidupmu..
maka carilah aku sebelum aku pergi ke sisi Penciptaku..
ingatlah pesananku ini.. ♥

Cinta


Cinta itu wujud..
Pada hati-hati yang suci..
Pada jiwa-jiwa yang ingin cuba mengenaliNya..
Pada hamba yang semakin insaf akan kekhilafannya..




Cinta itu ada..
Pada Allah yang mencipta kita..
Indah pada pandangan mata..
Berbeza paras dan rupa, itu bukan ukuranNya..

Cinta itu adil..
Pada saat umat jahil..
Rasulullah menjadi pilihanNya..
Membawa umat kembali mencintaiNya..

Cinta itu pasti ada..
Pada seraut wajah redup ibu bapa..
Penat lelahnya membesarkan kita..
Ikhlas hatinya, entah dapat dibalas atau sebaliknya..

Cinta itu hadir..
Pada seorang saudara yang menasihati saudaranya yang lain..
Keduanya saling menasihati ke arah kebenaran dan kesabaran..
Supaya ukhuwah menuju Syurgawi tidak dilupakan..


Cinta itu pasti muncul..
Dalam hati seorang sahabat sejati..
Mencari dan mengajak sahabat lain ke jalan Ilahi..
Agar diri dan sahabat tidak terhumban ke dalam gaung Neraka yang dahsyat tak terperi..


Cinta itu satu anugerah..
Bila hati bertemu hati..
Saat lafaz ijabkabul selesai terurai..
Keikhlasan si suami isteri memikat redhaNya..


Cinta itu memang indah..
Bila berlandaskan al-quran dan as-sunnah..
Bila tujuannya kerana Allah..
Bila matlamatnya Syurga yang barakah..


Cinta itu pasti ada!!
Pasti kau akan temuinya..
Dengan membersihkan dirimu daripada segala noda dan dosa..
Kelak, cinta abadi dan hakiki akan mula bertakhta dalam jiwa seorang hamba..


"Siapa kita sebenarnya.."

Kita sebenarnya..





Lebih gembira menyambut 1 haribulan drp 1 

Muharram,


Lebih tahu apa itu 14 haribulan daripada 12 

Rabiul awal,



Lebih membesarkan hari Sabtu,Ahad daripada 

hari Jumaat,


Lebih khusyuk mendengar lagu daripada 

mendengar Azan,


Lebih suka lepak ,tidur, tengok tv daripada 

sembahyang ,


Lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada 

nama Nabi-nabi kita,


Lebih suka menyebut Hai,Hello daripada 

Assalamualaikum,


Lebih suka menyanyi daripada 

berwirid,bertahmid,


Lebih suka memuji manusia daripada memuji 

Tuhan kita sendiri,



Lebih suka membaca majalah2 hiburan 

daripada buku2 agama,



Lebih suka ke konsert,karaoke daripada 

ceramah2 agama,


Lebih suka memaki,mengumpat daripada 

mengingati kebaikan orang lain,


Lebih suka mencarut apabila melatah 

daripada menyebut nama Allah,


Lebih suka kemungkaran daripada berbuat 

kebaikan,


Lebih suka bersekokong dengan pemerintah 

yg zalim drp pemerintah yg baik,


Lebih cintakan duniawi daripada ukhrawi,



Tapi..bila kita ditanya arah tujuan kita..

Kita pasti menjawab yg kita lebih suka ke 

Syurga daripada Neraka...

Persoalannya..adakah kita layak dengan 

Syurga milik Allah???

Tepuk dada,tanya iman..

~MARILAH SAHABAT2 ..KITA SAMA2

 MEMPERBAIKI DIRI SEMENTARA MASIH

 DIBERI KESEMPATAN..SAMA2 KITA BERDOA

 AGAR ALLAH PERTEGUHKAN IMAN

 KITA~Amin ya rabbal a'lamin..

Ya Allah..

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar...
bertambah kekuatan ku
untuk mencintai-Mu. 

Ya Muhaimin... 
Jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati...
Jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah...
Jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah...
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
disepertiga malam terakhir-Mu.

Ya Allah...
Jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah....
Jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah...
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada –Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah, Ya Allah... ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu…..

Amiiin Ya Rabb….

Muslimin Dan Muslimah Acuan Al-Quran

MUSLIMIN ACUAN AL-QURAN

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah seorang muslimin yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan
Dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang menghormati ibu bapanya
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama Islam Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Muslimin Acuan Al-Quran
Sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Muslimin Acuan Al-Quran
Tidak pernah membazirkan masa
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Muslimin Acuan Al-Quran
Sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Muslimin Acuan Al-Quran
Ialah muslimin yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah impiannya
Bersama wanita acuan Al-Quran…

MUSLIMAH ACUAN AL-QURAN

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah seorang muslimah yang beriman
Yang hatinya penuh rasa cinta kepada Tuhannya Yang Satu
Yang hatinya merindui satu pertemuan abadi
yang hatinya meratap sedu di hamparan sejadah
Yang sanggup menitiskan mutiaranya yang berharga
Demi kasih suci Ilahi

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang menjaga bicaranya
Yang menjaga adabnya
Yang tidak takut berkata benar
Yang tidak gentar dijengah mehnah
Walau nyawa jadi taruhan

Muslimah acuan Al-Quran
Dialah wanita yang dijanjikan Tuhannya
Sebuah syurga sebagai mahligai kasihnya
Dialah penghulu bidadari suaminya
Dialah wanita solehah buat agamanya

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang tegas
Tegas dalam menegakkan daulah islamiyyah
Tegas dalam hidup yang ditarbiyyah
Dengan pelita iman bersumbukan taqwa

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang bersifat qanaah
Baginya kekayaan duniawi hanya sementara
Baginya dunia hanya untuk meraih keuntungan akhirat
Baginya cukuplah alQuran sebagai harta abadi

Muslimah acuan Al-Quran
Ialah muslimah yang tunduknya demi agamanya
Yang hatinya disuburkan dengan semangat juang
Yang solatnya dilakukan dengan tawaduk
Yang suaranya lunak dengan Qalamulllah
Yang menjadikan zikrullah halwa ketenangan
Yang meletakkan Deen sebagai pakaian hidupnya

Benar dia bukan Khadijah, wanita kesayangan Nabi
Benar dia bukan Sumayyah, wanita cintakan syahid
Benar dia bukan Rabiatul Adawiyah, wanita yang merindui cinta Tuhannya

Namun, dialah wanita yang akan menjadi kesayangan suami solehnya
Dan, dialah wanita yang rela syahid dalam manhaj islam
Dan, dialah wanita yang mencari redha suaminya demi redha Tuhannya.


Monday, 7 March 2011

Nabi Muhammad SAW Profile or Biodata

Profile atau biodata Nabi Muhammad SAW
Nama komersial: Nabi Muhammad SAW
Nama sebenar: Muhammad bin Abdullah
Nama timangan: -
Adik beradik: -
Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib
Nama ibu: Aminah binti Wahab
Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah)
Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Agama: Islam
Bangsa: Arab
Status: Berkahwin
Isteri Nabi Muhammad SAW:.
1) Khadijah Binti Khuwailid
2) Saudah Binti Zam’ah
3) Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4) Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5) Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6) Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7) Zainab Binti Jahsy
8) Maimunah Binti Harith
9) Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10) Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’ Ibu Orang Miskin)
Anak-anak Nabi Muhammad SAW:.
1) Qasim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Al-Zahra’
8) Halah bin Hind (anak tiri Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah)
Tinggi Nabi Muhammad SAW: -
Berat Nabi Muhammad SAW: -
Pendidikan: -
Kerjaya: -
Biography Nabi Muhammad SAW:.
USIA 5 TAHUNPeristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN- Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
- Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
- Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
- Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
- Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
- Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN- Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
- Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN- Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
- Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
- Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
- Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
- Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
- Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
- Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN- Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN- Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
- Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN- Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.