Friday 21 October 2011

ALLAH, Tolong beritahu si dia..

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…


Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…

Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…

Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…

Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…

Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…

Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…

Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Esa…

Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…

Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…

Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…

Tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…

Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…

Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…

Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…

Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…

Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…



~kisah cintaku~

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat matahari terbit.
 SubhanAllah, kecantikan alam ciptaan Allah memang tiada tolok bandingnya.
 Sedang aku memerhati, aku memuji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia saji.
 Aku duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku.

Dia bertanya kepadaku,
 “Adakah kamu mencintai Aku?” 

Aku menjawab, 
“Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, mana mungkin aku tidak mencintaiMu.”
 Kemudian Dia bertanya lagi,
 “Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu akan mencintaiKu?” 

Aku tergamam seketika. 
Aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku, aku teringat akan pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.

Kemudian jawabku,
 “Tentunya ia amat sukar bagiku tetapi aku akan tetap mencintaiMu.”

Kemudian Dia bertanya lagi, 
“Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?”

 Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat?

 Kemudian aku berfikir... 
ramai orang yang ditakdirkan buta di dunia ini dan mereka masih mencintai Allah dan segala ciptaanNya. 

Lantas aku menjawab, 
“Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun begitu aku akan tetap mencintaimu Ya Allah.”

Dia bertanya lagi, 
“Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?”

 MasyaAllah!

 Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak?
 Kemudian aku tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga;
 tetapi menggunakan hati. Aku menjawab, 

“Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap mencintaiMu.”

Dia menyambung lagi persoalanNya, 
“Jika kamu ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?”

 Aku tertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara?
 Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya. 

Kemudian aku menjawab, 
“Sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” 

Dan...

Dia terus bertanya lagi, 

“Adakah kamu benar-benar mencintaiKu?”

 Dengan nada yang tegas dan penuh keberanian aku jawab dengan yakin, 
“Ya, benar Tuhanku, aku mencintaiMu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!”

 Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi tetapi Dia terus bertanyakan lagi, 

“Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?”


Aku jawab, 
“Kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak sempurna,aku bukan maksum.”


 “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira kamu lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”

Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...
 titisan panas turun membasahi pipiku. 
Dia sambung lagi, 

“Mengapa kamu buat begini, kadang-kadang sujud menyembahKu dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? 
Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu?
 Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia kepadaKu?” 





Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. 

“Mengapa kamu malu kepadaKu? 
Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? 
Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedangkan Aku sedia mendengar segala rintihanmu? 
Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?”

Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?

Kugagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. 
Tetapi aku tidak mempunyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi.
 Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan,atau alasan...

 namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.
 Dia berkata-kata lagi...





 “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya.

Seringkali Aku berkata-kata kepadamu tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. 
Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan.
 Aku mendengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu...
 dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara.” 

SambungNya lagi, 
“Kini... adakah kamu mencintaiKu?”

 Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini.. 
Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini.
 Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. 




Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? 
Ketika hatiku berteriak menangis dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, 
“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...” 


Kemudian Dia menjawab, 
“Sifatku pengampun,barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. 
Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.”

Aku bertanya kepadaNya, 
“Mengapakah Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” 

Dia menjawab 
“Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya.”

Seingat aku...
 aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini.
 Dan..
 buat kali pertamanya dalam hidupku ini...
 aku benar-benar redha, sabar dan solat dalam ertikata yang sebenar.
 Ya Allah..


 betapa indahnya dapat merasakan kehadiranMu di setiap waktu.. 

Allah.....
~rindu bertemu denganMu ya Allah